Bernama: Laporan puji kejayaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia mengelakkan konflik politik yang ganas adalah berbeza dengan kebanyakan negara jirannya yang berdiri sama tinggi walaupun di tengah-tengah pencapaian sosial dan ekonomi yang mantap.

Ketika menyatakan demikian, Frances Stewart, Profesor Emeritus pembangunan ekonomi di Universiti Oxford, berkata kejayaan dalam pertumbuhan inklusif telah meletakkan asas bagi kejayaan politik yang penting ini.

"Atas sebab ini - dan juga atas kepentingan mewujudkan masyarakat yang adil - adalah penting bahawa Malaysia terus mengutamakan pertumbuhan inklusif dan perpaduan sosial dan bergerak ke hadapan dengan dasar generasi kedua yang diperlukan untuk menyokong usaha ini," katanya.

Stewart berkata kejayaan Malaysia dalam tiga aspek pertumbuhan, mengurangkan kemiskinan dan peningkatan dalam kesaksmaan mendatar dalam tempoh yang berpanjangan adalah antara yang terbaik di dunia.

Kenyataannya terkandung dalam "Laporan Pembangunan Insan Malaysia (MHDR) 2013: Menyusun Semula Masa Depan Inklusif" yang dilancarkan di sini hari ini.

Berdasarkan kepimpinan Tan Sri Datuk Dr Kamal Salih yang bertindak sebagai perunding utama dan editor, laporan itu diterbitkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP), Malaysia.

tewart berkata pertumbuhan inklusif - pertumbuhan yang memanfaatkan golongan miskin lebih daripada bersekadar - harus kekal menjadi objektif utama dasar.

"Untuk mencapai matlamat ini, dasar-dasar baharu mungkin diperlukan,' katanya dalam laporan itu.

Dokumen itu memberi penilaian yang bebas mengenai pertumbuhan Malaysia dan pilihan dasar dan pelaksanaan dalam usaha untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Laporan mengandungi 331 muka surat itu telah dirangka oleh paradigma yang merangkumi pertumbuhan inklusif bersepadu sebagai elemen teras dalam analisis dan cadangan dasar.

Dokumen tersebut mengakui bahawa Malaysia adalah negara yang kompleks daripada segi politik, ekonomi dan sosial untuk mentadbir dan mengurus.

"Tetapi dengan pembangunan yang seimbang dan dasar-dasar yang pragmatik, ia berjaya mencapai kejayaan besar dalam pembangunan inklusif dalam konteks perkongsian yang lebih adil untuk memanfaatkan prestasi ekonomi.

"DEB (Dasar Ekonomi Baharu) melalui dasar-dasar pembangunan derivatif yang berjaya yang beroperasidi bawah pertumbuhan dengan pengagihan telah mencapai kemajuan yang baik tetapi banyak usaha perlu dilakukan jika negara hendak mencapai status negara maju dan pertumbuhan inklusif secara seiring," katanya.

Laporan itu juga menyentuh mengenai kebimbangan terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) tahun depan yang akan memperluaskan asas cukai negara.

Ia menegaskan bahawa permohonan bijak bagi senarai pengecualian akan melindungi golongan miskin.

Dokumen itu juga menarik perhatian bahawa penjimatan daripada pengurangan subsidi akan mewujudkan ruang untuk kerajaan memberi tumpuan kepada lebih banyak kumpulan sasar meningkatkan pemindahan kepada golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas.

Beliau berkata ini akan menyumbang kepada dasar sosial yang lebih inklusif dan memberi kesan positif secara langsung terhadap pengagihan pendapatan isi rumah.

-- BERNAMA

> Related stories:

The Malaysian
Insider: Reality of
Malaysia's policies

Sinar Harian:
Jurang kemiskinan
tidak berubah

Bloomberg TV
Malaysia:
MHDR 2013

Malaysia needs
second generation
policies

#MHDR

The inclusive future includes you

Join the national dialogue

       

Get included
Which policy reform do you think will help Malaysia the most?

Get the full report
Download MHDR 2013

Spread the word
Share key issues raised in the MHDR with your friends

 

It is essential that Malaysia continues to prioritise inclusive growth and social cohesion, and moves forward with the second generation policies that are needed to support this.
-Frances Stewart


Print