Berita Harian: Ratu skuasy merantau belantara

Nicol David abadikan detik berharga bersama Orang Asli dalam program kemasyarakatan
Oleh Bennie Zie Fauzi

Vlog istimewa

Seharian di perkampungan menempatkan 60 keluarga dengan penduduknya kira-kira 400 orang itu, Nicol yang juga duta UNDP asyik merakamkan pengalamannya menerusi telefon bimbit yang bakal diabadikan dalam video blog atau vlog peribadinya.

Perjalanan meranduk denai yang mengasyikan batang balak dijadikan jambatan, malah perlu merentas selai iaitu ladang bukit dimeriahkan dengan tanaman ubi kayu, cili juga jagung, sebelum bertemu sungai mengemukakan pemandangan seindah kanvas lukisan.

Jangan terlalu hanyut menghayati alam kerana tanpa berhati-hati melangkah, bahaya menanti sekiranya kaki terpijak atau tersepak tunggul kayu tajam yang berceracak di sana sini.

Hampir sejam mengharung landskap mencabar, kelesuan seakan-akan lenyap sebaik dapat merendamkan kaki, seterusnya membasahkan tubuh dalam air sungai yang sejuk lagi berarus tenang.

Nicol yang mengaku sudah lama tidak berpeluang bermesra dengan alam disebabkan latihan intensif dua kali sehari yang wajib dihadirinya, tidak melepaskan peluang bermandi-manda dan menjamah makanan tradisi berupa hidangan ubi kayu dimakan bersama nasi dibalut dengan daun manakala ikan sungai menambah selera.

Cenwey Penaney harapan baharu

Pusat didikan komuniti dinamakan Cenwey Penaney (CP) bermaksud tunas pintar dalam bahasa Semai, ditubuhkan bagi memenuhi beberapa keperluan masyarakat tempat itu.

Masih dalam proses pembinaan, bangunana mengetengahkan kayu-kayu asli dari hutan berdekatan serta dibina menerusi gotong-royong penduduk setempat. Pusat itu dijangka dapat melahirkan generasi celik huruf dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli diperoleh dari pendidikan asas membaca, menulis dan mengira yang disediakan khusus untuk mereka berumur enam hingga 12 tahun.

> Related stories:

Development
the Orang Asli
way

Astro Awani: Orang Asli development

The Star:
Indigenous
lessons

Nicol David’s vlog:
My day with the Orang Asli

#MHDR

The inclusive future includes you

Join the national dialogue

       

Get included
Which policy reform do you think will help Malaysia the most?

Get the full report
Download MHDR 2013

Spread the word
Share key issues raised in the MHDR with your friends

 

It is essential that Malaysia continues to prioritise inclusive growth and social cohesion, and moves forward with the second generation policies that are needed to support this.
-Frances Stewart


Print