Berita Harian: Ratu skuasy merantau belantara

Nicol David abadikan detik berharga bersama Orang Asli dalam program kemasyarakatan
Oleh Bennie Zie Fauzi

Ketangkasannya di gelanggang skuasy umpama harimau menerkam mangsa, tiada belas kasihan kepada ‘musuhnya’ dalam mengutip satu demi satu mata yang mampu menerbitkan kebanggaan Malaysia, negara tanah tumpahnya.

Kala tidak memegang raket, personaliti sukan disegani, Datuk Nicol David, rupa-rupanya seorang yang sarat empati dan menebal kasih sayang.

Di sebalik raut wajah yang selalu serius dan fokus, ratu skuasy ini nyata sudah lama menyimpan hasrat untuk mendekati golongan terpinggir dan kurang bernasib baik.

Pelawaan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menjenguk masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Tual, Kuala Lipis, Pahang, diibaratkan oleh atlet negara ini sebagai orang mengantuk disorongkan bantal.

Tak lekang senyuman

Sedikit pun Nicol tidak merungut, walaupun perjalanan bermula seawal jam 4 pagi dari Kuala Lumpur dan mengambil masa empat jam menuju Kuala Lipis, ditambah dua jam lagi meredah hutan curam tanpa jalan berturap untuk tiba di Pos Sinderut yang menempatkan masyarakat peribumi berketurunan Semai.

Selain beramah mesra bertanyakan khabar dan saling bertukar cerita dengan masyarakat setempat, Nicol yang tidak lekang dengan senyuman, turut bermurah hati menyediakan ole-ole buat kanak-kanak di situ yang sentiasa mengekori setiap langkahnya.

“Sekian lama mengimpikan aktiviti kemasyarakatan seperti ini, Kampung Tual melorongkan jalan, sekali gus memberi banyak pengalaman baharu.

Selain berupaya melihat secara dekat cara kehidupan kaum Semai, saya bertuah kerana berpeluang menikmati kelazatan dan keaslian rasa makanannya, namun paling menyeronokkan ialah menyertai aktiviti berkelah dan mandi sungai bersama mereka,” katanya yang tidak langsung menunjukkan keletihan meskipun sehari sebelumnya, menjejakkan kaki kembali ke tanah air dari Amsterdam.

> Related stories:

Development
the Orang Asli
way

Astro Awani: Orang Asli development

The Star:
Indigenous
lessons

Nicol David’s vlog:
My day with the Orang Asli

#MHDR

The inclusive future includes you

Join the national dialogue

       

Get included
Which policy reform do you think will help Malaysia the most?

Get the full report
Download MHDR 2013

Spread the word
Share key issues raised in the MHDR with your friends

 

It is essential that Malaysia continues to prioritise inclusive growth and social cohesion, and moves forward with the second generation policies that are needed to support this.
-Frances Stewart


Print